Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Tiga Penagih Dadah Ditahan Polis Marin Klang

Diterbitkan: 30 Sep 2015 3.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Seramai tiga lelaki warga tempatan ditahan sepasukan Polis Marin kerana didapati positif dadah jenis Opiate dalam Op Landai di kawasan Taman Kem Pelabuhan klang, petang semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tiga-penagih-dadah-ditahan-polis-marin-klang
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 22:40 MYT

Pelabuhan Klang, 30 Sept – Seramai tiga lelaki warga tempatan ditahan sepasukan Polis Marin kerana didapati positif dadah jenis Opiate dalam Op Landai di kawasan Taman Kem Pelabuhan klang, petang semalam. 

Timbalan Komander PPM Wilayah 1, Superintendan Dimin bin Awang berkata ketiga-tiga suspek ditahan setelah dilihat dalam keadaan mencurigakan dikawasan kawasan berkenaan. 

“ Hasil ujian air kencing yang dijalankan, kesemua suspek dipercayai positif dadah jenis Opiate dan akan disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983,” katanya lagi. 

Dalam perkembangan lain, ACP Marzuki berkata PPM berjaya menahan tiga lelaki warga Myanmar di tepi Laut Kampung Kelibang, Langkawi dan seorang lelaki warga Bangladesh di Tanjung Dawai, Bedong, Kedah kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah, semalam. 

Kesemua warga asing tersebut disiasat di bawah Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/1963.
Tiga Penagih Dadah Ditahan Polis Marin Klang

ArtikelDiterbitkan 30 Sep 2015 3.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM