Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Tiga Pelajar Diberkas Baharu Berjinak Jinak Curi Motosikal

Diterbitkan: 18 Jun 2014 1.05 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.42 PM
Dungun, 13 Sept - Polis memberkas tiga pelajar sekolah menengah semalam yang baharu berjinak-jinak dalam kegiatan mencuri motosikal...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tiga-pelajar-diberkas-baharu-berjinak-jinak-curi-motosikal
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:14 MYT

Dungun, 13 Sept - Polis memberkas tiga pelajar sekolah menengah semalam yang baharu berjinak-jinak dalam kegiatan mencuri motosikal.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacub berkata mereka yang berusia antara 14 hingga 18 tahun itu ditahan kira-kira pukul 4.30 petang di rumah masing-masing di Kampung Pak Sabah di sini.

Beliau berkata dengan penahanan tersebut, pihak polis menemui semula dua casis motosikal yang telah dilerai dan disorok di dalam hutan berhampiran rumah mereka.

"Kita percaya kumpulan ini baharu bergiat aktif dalam kegiatan ini kerana hasil siasatan awal mendapati mereka baharu mencuri dua buah motosikal di sekitar Dungun," katanya kepada Bernama.

Ahmad Zailani berkata kesemua suspek kini direman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 379 A Kanun Keseksaan kerana mencuri motosikal. 

Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 1.05 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.42 PM