Tiga Pelajar Diberkas Baharu Berjinak Jinak Curi Motosikal
Dungun,
13 Sept - Polis memberkas tiga pelajar sekolah menengah semalam yang
baharu berjinak-jinak dalam kegiatan mencuri motosikal.
Ketua
Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacub berkata mereka yang
berusia antara 14 hingga 18 tahun itu ditahan kira-kira pukul 4.30
petang di rumah masing-masing di Kampung Pak Sabah di sini.
Beliau
berkata dengan penahanan tersebut, pihak polis menemui semula dua casis
motosikal yang telah dilerai dan disorok di dalam hutan berhampiran
rumah mereka.
"Kita
percaya kumpulan ini baharu bergiat aktif dalam kegiatan ini kerana
hasil siasatan awal mendapati mereka baharu mencuri dua buah motosikal
di sekitar Dungun," katanya kepada Bernama.
Ahmad
Zailani berkata kesemua suspek kini direman untuk siasatan lanjut di
bawah Seksyen 379 A Kanun Keseksaan kerana mencuri motosikal.
Sumber : BERNAMA