Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Tiga Lelaki Termasuk Dua Penjaga Premis Hiburan Ditahan

Diterbitkan: 25 Feb 2016 10.23 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.32 PM
Johor Bahru, 25 Feb - Polis menahan tiga lelaki termasuk dua penjaga pusat hiburan dalam serbuan di dua premis hiburan di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, di sini, awal pagi ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tiga-lelaki-termasuk-dua-penjaga-premis-hiburan-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:26 MYT


Johor Bahru, 25 Feb - Polis menahan tiga lelaki termasuk dua penjaga pusat hiburan dalam serbuan di dua premis hiburan di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, di sini, awal pagi ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, SAC Kamarul Zaman Mamat berkata dalam serbuan kira-kira pukul 12.30 malam itu, polis turut merampas 37 mesin permainan judi daripada kedua-dua premis berkenaan.

"Kedua-dua penjaga premis itu berumur 31 dan 34 tahun manakala seorang lagi lelaki berusia 26 tahun ditahan kerana merupakan orang yang dikehendaki polis berhubung kesalahan memiliki dadah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kamarul Zaman berkata, selain penahanan mereka, polis turut memeriksa 45 lelaki dan enam wanita berumur 20 hingga 65 tahun di kedua-dua premis berkenaan.

Katanya, kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 11(2) Enakmen Negeri Johor 4/98 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi tempoh lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 25 Feb 2016 10.23 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.32 PM