Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Tiga Lelaki Terlibat Kes Curi Dan Pecah Rumah Diberkas

Published: 21 May 2015 12.41 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Raub, 21 Mei - Polis memberkas tiga lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes curi dan pecah rumah di daerah ini Isnin lepas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tiga-lelaki-terlibat-kes-curi-dan-pecah-rumah-diberkas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:57 MYT

Raub, 21 Mei - Polis memberkas tiga lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes curi dan pecah rumah di daerah ini Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Raub, Supt Wan Zahari Wan Busu berkata mereka yang berusia lingkungan 40-an itu juga dipercayai menjadi pembekal dadah.

"Modus operandi mereka ialah dengan cara menukar barang curi hasil pecah rumah penagih dengan dadah," katanya.

Beliau berkata dalam serbuan di sebuah rumah, polis turut menemui heroin seberat 248.09 gram, syabu (1.97 gram), Erimin 5 (18.16 gram), alat penimbang, telefon bimbit, komputer riba, kamera, beberapa kad pengenalan dan wang tunai RM6,440 dipercayai hasil jualan dadah.

Seorang suspek yang ditahan di rumah itu didapati memiliki 13 rekod jenayah lampau atas pelbagai kesalahan selain dia turut didapati positif morfin, katanya.

Wan Zahari berkata susulan penahanan suspek berkenaan, pihak polis kemudiannya berjaya memberkas dua lagi rakannya.

Beliau berkata tangkapan ke atas suspek berjaya menyelesaikan enam kes pecah rumah dari tahun lepas hingga sekarang.

- BERNAMA

ArticlePublished 21 May 2015 12.41 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM