Tiga Lelaki Terbabit Tujuh Kes Pecah Rumah Di Balik Pulau Di
Balik
Pulau, 13 Jan - Polis hari ini menahan tiga lelaki yang dipercayai
terbabit dalam beberapa siri rompakan dan pecah rumah di sekitar daerah
ini sejak awal tahun lepas.
Ketua
Polis Daerah Barat Daya Supt Mohd Hatta Mohd Zain berkata mereka
merupakan rakyat tempatan dan tidak mempunyai kaitan dengan kumpulan
warga Indonesia yang turut aktif melakukan kegiatan pecah rumah di Balik
Pulau.
Beliau
berkata ketiga-tiga suspek yang berusia antara 21 dan 26 tahun itu
ditahan secara berasingan di kawasan Sungai Pinang sekitar pukul 9
hingga 12 tengah hari tadi.
Ketiga-tiganya
mengaku terlibat dalam tujuh kes rompakan serta pecah rumah yang
dilapor sejak awal tahun lepas dan seorang dari mereka mempunyai rekod
lampau atas kesalahan samun.
Mohd
Hatta berkata polis turut merampas beberapa barang bukti seperti kad
sim telefon dan resit barangan kemas yang telah dileburkan.
Pihak polis masih meneruskan operasi khas bagi menggempur kumpulan perompak yang masih bersembunyi di daerah ini, katanya.
Dalam
kejadian awal pagi tadi di Lintang Bukit Penara, seorang pengurus
kilang kerugian lebih RM30,000 apabila wang tunainya berjumlah RM12,000,
barang kemas serta berlian yang dianggarkan bernilai RM17,000 serta
pelbagai barangan lain dilarikan tiga perompak yang dipercayai warga
Indonesia.
Sumber : BERNAMA