Tiga Lelaki Miliki Pistol Syabu Ditahan
Polis
menahan tiga lelaki yang dipercayai aktif dalam kegiatan pengedaran
dadah dan jenayah termasuk samun dalam satu serbuan di sebuah hotel di
Jalan Kampung Perak di sini kelmarin.
Mereka berusia
39 serta 37 tahun ditahan dalam sebuah bilik hasil serbuah sepasukan
anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah
(IPD) Kota Setar kira-kira pukul 12.30 tengah hari.
Ketua
Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, hasil pemeriksaan ke atas
suspek pihaknya menjumpai tiga paket plastik lutsinar disyaki syabu
seberat 5.10 gram, sepucuk pistol jenama Cal. 9 Luger dan 10 butir
peluru.

SUMBER : KOSMO