Seorang Wanita Ditahan Mercun Dan Bunga Api Bernilai Rm20 0
Seri
Iskandar, 2 Ogos - Polis menahan seorang pekedai runcit serta merampas
pelbagai mercun dan bunga api bernilai RM20,000 di sebuah rumah di Jalan
Seri Teratai, Bandar Baru Seberang Perak di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Mohamad Fakri Che Sulaiman berkata sepasukan polis menyerbu rumah berkenaan pada pukul 12.45 tengah malam, hasil maklumat orang ramai.
"Pemeriksaan
di sebuah bilik di bahagian dapur menemui barangan tersebut dan suspek
mengaku bahawa dia baru pertama kali menjual mercun serta bunga api yang
dibekalkan oleh seorang lelaki Cina iaitu pemborong barang runcit dari
Langkap, Teluk Intan," katanya kepada pemberita hari ini.
Beliau
berkata wanita yang telah berkahwin itu tidak mengeluarkan sebarang
modal untuk membeli mercun dan bunga api ekoran beliau telah lama
berurusan dengan pemborong itu.
Beliau berkata wanita berumur 32 tahun dan mempunyai seorang anak itu ditahan reman sehingga Ahad ini untuk membantu siasatan.
Katanya,
kesalahan di bawah kes itu boleh membawa kepada hukuman denda sehingga
RM10,000 atau tujuh tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Sumber : BERNAMA