Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Tiga Lelaki Ditahan Polis Rampas Dadah Rm333 000

Published: 22 May 2017 3.00 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kepala Batas, 22 Mei 2017 - Tiga lelaki ditahan dan polis merampas dadah jenis heroin dan syabu bernilai RM333,000 dalam operasi di Butterworth dekat sini, Jumaat lepas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tiga-lelaki-ditahan-polis-rampas-dadah-rm333-000
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:56 MYT

Kepala Batas, 22 Mei 2017 - Tiga lelaki ditahan dan polis merampas dadah jenis heroin dan syabu bernilai RM333,000 dalam operasi di Butterworth dekat sini, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Azmi Adam berkata dalam serbuan pada 12.30 tengah hari di sebuah bilik hotel di Bagan Ajam dekat sini, polis menahan dua lelaki berusia 17 dan 31 tahun dan merampas heroin seberat 510 gram dan syabu 37 gram.

"Susulan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 28 tahun di tepi jalan di Taman Senangan, Butterworth yang dipercayai ketua kepada dua lelaki terbabit dan hasil pemeriksaan dalam kereta Toyata Vios dinaiki lelaki terbabit, polis menemui sebuah beg mengandungi 12.537 kilogram heroin,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata berdasarkan siasatan, kesemua yang ditahan itu mempunyai pelbagai rekod jenayah dan dipercayai terlibat dalam pengedaran dadah sejak empat bulan lepas.

“Remaja berusia 17 tahun itu sudah tidak bersekolah dan telah berkahwin. Dia mempunyai enam rekod jenayah,” katanya.

Beliau berkata dua daripada mereka yang ditahan itu positif dadah dan kesemua mereka direman sehingga 26 Mei.

-- BERNAMA



ArticlePublished 22 May 2017 3.00 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM