Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Tiga Lelaki Ditahan Miliki Syabu

Diterbitkan: 13 Jun 2014 9.00 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
ALOR SETAR 15 Julai - Tiga lelaki termasuk seorang pelajar kolej ditahan kerana memiliki 507 gram dadah jenis syabu bernilai RM140,000 dalam serbuan di Plaza Tol Sungai Petani dekat sini, semalam...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tiga-lelaki-ditahan-miliki-syabu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 26/09/2026 02:49 MYT

ALOR SETAR 15 Julai - Tiga lelaki termasuk seorang pelajar kolej ditahan kerana memiliki 507 gram dadah jenis syabu bernilai RM140,000 dalam serbuan di Plaza Tol Sungai Petani dekat sini, semalam.

Ketiga-tiga mereka yang berusia antara 22 hingga 29 tahun ditahan pukul 6.30 petang hasil maklumat orang awam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Supritendan Baharom Othman berkata, selain pelajar kolej itu yang berusia 22 tahun, dua rakannya, masing-masing bekerja sendiri dan mekanik ditahan di dalam sebuah kereta jenis Honda Jazz.

"Semasa pemeriksaan dibuat, polis menemui 10 paket dadah serbuk kristal putih dipercayai syabu dalam sebuah beg.

"Dadah tersebut diletakkan di bawah tempat duduk penumpang hadapan kereta itu," katanya di sini, hari ini.

Menurut Baharom, pihaknya percaya ketiga-tiga suspek merupakan anggota sindiket pengedaran dadah yang bergerak aktif di sekitar Kedah dan Pulau Pinang.

Katanya, polis percaya mereka sering keluar masuk di pintu sempadan untuk mengambil bekalan dadah dari negara jiran sebelum dijual di pasaran tempatan.

Beliau memberitahu, polis turut merampas sejumlah wang tunai, telefon bimbit, rantai emas, pasport dan dua buah kereta Proton Iswara Aeroback serta Toyota Wish yang dipercayai milik suspek berkenaan.

"Hasil siasatan lanjut, polis menyita barangan suspek yang dipercayai hasil jualan dadah mengikut Akta Pelucutan Hak dan Harta yang kesemuanya bernilai RM190,000," katanya.

Kesemua suspek, kini ditahan reman sehingga 20 Julai depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

ArtikelDiterbitkan 13 Jun 2014 9.00 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM