Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Tiga Lelaki Ditahan Kerana Miliki Dadah

Published: 17 Jun 2014 3.50 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Besut, 22 Mei - Polis menahan tiga lelaki dan merampas dadah bernilai RM1,800 dalam pemeriksaan terhadap sebuah kereta di Kampung Alor Peroi, Kuala Besut di sini, semalam...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tiga-lelaki-ditahan-kerana-miliki-dadah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:43 MYT
Besut, 22 Mei - Polis menahan tiga lelaki dan merampas dadah bernilai RM1,800 dalam pemeriksaan terhadap sebuah kereta di Kampung Alor Peroi, Kuala Besut di sini, semalam. 

Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata pemeriksaan terhadap kereta Perodua Viva yang ditahan pada pukul 2 petang itu dibuat hasil maklumat orang awam. 

"Pemeriksaan mendapati empat botol plastik kecil mengandungi serbuk putih dipercayai dadah jenis Heroin disimpan di beberapa tempat di dalam kereta itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Beliau berkata pemeriksaan turut mendapati seorang daripada lelaki itu memiliki tiga biji pil dipercayai dadah jenis Methamphetamine (pil kuda). 

Kesemua lelaki berusia antara 24 dan 43 tahun itu kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan, katanya sambil memberitahu kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori. 

Dalam perkembangan lain, Kamaruddin berkata polis menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian memukul dan menggugut serta merampas barangan termasuk wang tunai daripada seorang pemilik kedai dobi di Kampung Kepala Gajah, Jerteh di sini 13 Mei lepas. 

"Suspek yang berumur 25 tahun itu ditahan di rumahnya di Kampung Alor Keladi pada pukul 7 petang semalam," katanya. Kamaruddin berkata siasatan awal terhadap lelaki itu mendapati kereta jenis Honda Civic yang diguna suspek ketika ditahan menggunakan nombor pendaftaran palsu yang dilapor hilang di Butterworth tahun lepas. 

Ujian air kencing yang dijalankan terhadap suspek juga didapati positif dadah, katanya. - BERNAMA
ArticlePublished 17 Jun 2014 3.50 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM