Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Tiga Lelaki Ditahan Dipercayai Curi Bateri Jengkaut

Diterbitkan: 28 Aug 2016 9.50 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Polis menahan tiga lelaki yang dipercayai mencuri bateri jengkaut dari sebuah ladang dalam dua serbuan berasingan di sekitar bandar ini, Jumaat dan semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tiga-lelaki-ditahan-dipercayai-curi-bateri-jengkaut
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:53 MYT
Kluang, 28 Ogos - Polis menahan tiga lelaki yang dipercayai mencuri bateri jengkaut dari sebuah ladang dalam dua serbuan berasingan di sekitar bandar ini, Jumaat dan semalam. 

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Mohamad Laham berkata kesemua mereka ditahan
selepas polis bertindak atas laporan pada 20 Ogos lepas mengenai kehilangan bateri jentera berat terbabit yang diletakkan di Ladang Kempas, Paloh, di sini. 

"Menurut pengadu, kali terakhir pekerjanya meninggalkan jentera berat itu adalah kira-kira pukul 5 petang pada 19 Ogos lalu," katanya menerusi kenyataan, di sini hari ini. 

 Mohamad berkata susulan itu, polis menahan dua daripada tiga suspek tersebut
kira-kira pukul 4.30 pagi, Jumaat lepas, di kawasan Paloh dan kemudian menahan
seorang lagi di kawasan bandar ini, keesokannya. 

Beliau berkata ketiga-tiga suspek berumur 21 hingga 30 tahun dengan dua daripadanya mempunyai rekod jenayah berkaitan curi dan positif dadah jenis opiat.

Katanya polis kemudian merampas satu bateri kereta, tiga bateri lori, satu alat penimbang serta satu buku rekod jual beli barang lusuh daripada mereka yang kesemuanya dianggar bernilai RM1,000. 

 "Seorang daripada mereka direman sehingga esok manakala dua lagi direman sehingga 8 Sept depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan bersabit kes kecurian bateri kenderaan di sekitar daerah ini," katanya. 
-BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 28 Aug 2016 9.50 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM