Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Sistem Tracking Online Dan Online Reporting Akan Dilaksa

Diterbitkan: 17 Jun 2014 8.04 AM Dikemas kini: 14 Sep 2026 10.21 PM
Seremban, 25 Julai - Polis Diraja Malaysia menyasar untuk melaksanakan sistem 'tracking online' akhir September depan, kata Pengarah Jabatan Pencegahan dan Pembenterasan Jenayah Datuk Wira Ayub Yaakob..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sistem-tracking-online-dan-online-reporting-akan-dilaksa
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:25 MYT

Seremban, 25 Julai - Polis Diraja Malaysia menyasar untuk melaksanakan sistem 'tracking online' akhir September depan, kata Pengarah Jabatan Pencegahan dan Pembenterasan Jenayah Datuk Wira Ayub Yaakob.

Katanya sistem tracking online maknanya pengadu boleh memeriksa kemajuan siasatan yang dijalankan. Ini mungkin kita bangunkan di mana setiap orang yang buat laporan itu mungkin kita berikan kata laluan tertentu sebab siasatan adalah rahsia, hanya pengadu sahaja yang boleh mengetahui.

"Projek pilot ini sudah dilaksanakan di Kuala Lumpur. Hasil dari keberkesanan tracking online ini akan kita laksanakan ke seluruh negara. Kita memang sudah ada peruntukan untuk itu dan sistem ini sedang dibangunkan dan jika tiada apa-apa halangan termasuk dari aspek perundangan dan sebagainya, ia boleh
siap akhir tahun ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program 'High Profile Policing' bersama komuniti Senawang di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Jabatan Pencegahan Pembenterasan Jenayah Datuk Rusli Ahmad dan Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Osman Salleh.

Ayub sebelum itu mendengar taklimat dan berdailog berkaitan jabatan barunya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri di sini.

Ayub berkata sistem ini dan termasuk juga sistem online reporting sedang dibangunkan dan cuma ada beberapa perkara yang perlu diteliti sebelum ia dilaksanakan sepenuhnya hujung tahun ini.

Katanya ada beberapa perkara yang perlu dikaji kerana untuk sistem online reporting, apabila hendak membuat laporan ia perlu tandatangan pengadu.

"Kalau nak buat laporan mesti ada tandatangan pengadu, jadi kita kena tengok dari aspek perundangan. Bukan semua kes boleh dibuat dalam online reporting ini, ia mungkin kes-kes tertentu dan untuk peringkat awal ini mungkin libatkan kes kemalangan jalan raya yang tidak memerlukan tandatangan pengadu.

"......dan dalam separuh kes kita, walaupun online tapi masih hendakkan orang itu datang untuk mendapatkan maklumat lanjut dan perlu disiasat dan sebagainya," katanya.

Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 8.04 AMDikemas kini 14 Sep 2026 10.21 PM