Tiga Lelaki Diberkas Selepas Cuba Samun Kedai Gambar Di Kuan
Kuantan, 29 Julai - Polis menahan tiga lelaki yang disyaki terlibat dalam cubaan samun sebuah kedai gambar di Balok di sini awal hari ini.
Tiga
lelaki terbabit ditahan dalam sekatan jalan raya di Km 12 berhampiran
Jalan By-Pass menghala ke Kuantan pada pukul 2.10 pagi, kira-kira dua
jam selepas cubaan samun itu dilaporkan.
Ketua
Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata polis menemui sebilah
parang, sebatang kayu dan dua helai t-shirt di dalam kereta yang dinaiki
ketiga-tiga lelaki berusia 22, 23 dan 35 tahun itu.
"Dalam
kejadian cubaan samun itu, dua daripada lelaki itu dilapor memasuki
premis berkenaan dan mengacukan parang ke arah dua pelanggan yang berada
di dalam kedai itu.
"Pemilik
kedai yang berusia 30-an berjaya lari keluar dari premis itu dan
menghubungi polis," katanya di sini hari ini dan memberitahu suspek yang
panik melarikan diri dengan sebuah kereta.
Beliau
berkata kesemua mereka yang ditahan itu tidak mempunyai rekod jenayah
dan seorang daripada mereka bekerja sebagai tukang kebun di sebuah
sekolah.
Sumber : BERNAMA