Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Dicekup Leka Punggah Barang Aplikasi Mydistress Bantu Poli

Diterbitkan: 17 Jun 2014 8.09 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.43 PM
Leka membawa keluar barangan yang baru dicuri dari sebuah rumah yang dipecah masuknya di SS14, Subang Jaya, seorang lelaki berjaya diberkas selepas seminit jiran mangsa memaklumkan insiden itu kepada ..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dicekup-leka-punggah-barang-aplikasi-mydistress-bantu-poli
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:09 MYT

Leka membawa keluar barangan yang baru dicuri dari sebuah rumah yang dipecah masuknya di SS14, Subang Jaya, seorang lelaki berjaya diberkas selepas seminit jiran mangsa memaklumkan insiden itu kepada pihak polis, malam kelmarin.

Difahamkan, jiran mangsa yang berasa curiga apabila melihat sebuah motosikal diletakkan di lorong belakang segera menggunakan aplikasi telefon pintar, MyDistress untuk mendapatkan bantuan daripada pihak polis.

Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Balai Polis Subang Jaya tiba di lokasi seminit selepas panggilan diterima dan berjaya menangkap suspek walaupun pada mulanya dia bertindak agresif bagi melepaskan diri.

Dicekup Leka Punggah Barang Aplikasi Mydistress Bantu Poli

Sumber : Sinar Harian

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 8.09 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.43 PM