Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Tiga Lelaki Diberkas Selepas Cuba Samun Kedai Gambar Di Kuan

Published: 17 Jun 2014 8.10 AM Updated: 15 Aug 2026 7.42 PM
Kuantan, 29 Julai - Polis menahan tiga lelaki yang disyaki terlibat dalam cubaan samun sebuah kedai gambar di Balok di sini awal hari ini...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tiga-lelaki-diberkas-selepas-cuba-samun-kedai-gambar-di-kuan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:16 MYT

Kuantan, 29 Julai - Polis menahan tiga lelaki yang disyaki terlibat dalam cubaan samun sebuah kedai gambar di Balok di sini awal hari ini.

Tiga lelaki terbabit ditahan dalam sekatan jalan raya di Km 12 berhampiran Jalan By-Pass menghala ke Kuantan pada pukul 2.10 pagi, kira-kira dua jam selepas cubaan samun itu dilaporkan.

Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata polis menemui sebilah parang, sebatang kayu dan dua helai t-shirt di dalam kereta yang dinaiki ketiga-tiga lelaki berusia 22, 23 dan 35 tahun itu.

"Dalam kejadian cubaan samun itu, dua daripada lelaki itu dilapor memasuki premis berkenaan dan mengacukan parang ke arah dua pelanggan yang berada di dalam kedai itu.

"Pemilik kedai yang berusia 30-an berjaya lari keluar dari premis itu dan menghubungi polis," katanya di sini hari ini dan memberitahu suspek yang panik melarikan diri dengan sebuah kereta.

Beliau berkata kesemua mereka yang ditahan itu tidak mempunyai rekod jenayah dan seorang daripada mereka bekerja sebagai tukang kebun di sebuah sekolah.

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 17 Jun 2014 8.10 AMUpdated 15 Aug 2026 7.42 PM