Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Tiga Lelaki Curi Kenderaan Diberkas

Published: 18 Jun 2014 2.56 AM Updated: 15 Aug 2026 7.37 PM
Raub, 25 Okt - Tiga lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes pecah rumah dan mencuri kenderaan Selasa lepas diberkas di sebuah rumah di Kampung Bukit Koman dekat sini kira-kira 2 pagi tadi...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tiga-lelaki-curi-kenderaan-diberkas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:46 MYT

Raub, 25 Okt - Tiga lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes pecah rumah dan mencuri kenderaan Selasa lepas diberkas di sebuah rumah di Kampung Bukit Koman dekat sini kira-kira 2 pagi tadi.

Mereka yang berusia antara 30 hingga 40 tahun sebelum itu melakukan kes tersebut di Taman Raub Jaya 3. Ketua Polis Daerah Raub Supt Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata pihak polis turut menemui semula kereta Toyota Vios yang dilarikan itu.

"Selain itu, pihak polis turut menemui sebuah Proton Wira yang dilaporkan dicuri di Kepong, Selangor sebelum ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata mereka dilaporkan aktif dalam kegiatan samun dan mencuri kenderaan di Selangor dan Pahang.

Mereka juga didapati menyalahgunakan dadah dan memiliki rekod jenayah berkaitan dadah, katanya. Ketiga-tiganya direman sehingga 28 Oktober.
 
Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 18 Jun 2014 2.56 AMUpdated 15 Aug 2026 7.37 PM