Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Tiga Lagi Lelaki Ditahan Kesan Semula Wang Rompakan Rm118 0

Published: 18 Jun 2014 9.02 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur, 4 Feb - Polis menahan tiga lagi lelaki dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian rompak dan bakar van milik syarikat keselamatan membabitkan kerugian RM3.36 juta di Ijok, Kuala Selango..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tiga-lagi-lelaki-ditahan-kesan-semula-wang-rompakan-rm118-0
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:03 MYT

Kuala Lumpur, 4 Feb - Polis menahan tiga lagi lelaki dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian rompak dan bakar van milik syarikat keselamatan membabitkan kerugian RM3.36 juta di Ijok, Kuala Selangor pada 28 Januari lepas.

Polis turut menemui semula wang tunai bernilai RM118,000 daripada suspek berkenaan, yang dipercayai sebahagian daripada hasil rompakan.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata tangkapan terbaru itu menjadikan jumlah tangkapan setakat ini kepada enam orang termasuk tiga pengawal keselamatan yang ditahan pada hari sama semasa kejadian bagi membantu siasatan.

"Tangkapan terbaru ini iaitu tiga lelaki berusia lingkungan 30 dan 40-an ini masing-masing diberkas di Meru, Sekinchan dan Shah Alam.

"Hasil siasatan awal ke atas ketiga-tiga lelaki yang mempunyai rekod jenayah lampau itu, menunjukkan hasil positif dan yakin kes ini dapat diselesaikan cepat dan kita juga sedang menjejak saki baki kumpulan ini," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, polis akan merakamkan esok keterangan bapa yang telah mengelar hingga mati anak perempuannya berusia tujuh tahun.

Dalam kejadian pada 30 Jan lepas, lelaki itu turut mencederakan dua lagi anak perempuannya berusia 10 dan 12 tahun di rumah mereka di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi.
 
Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 18 Jun 2014 9.02 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM