Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Tiga Ketua Polis Daerah Buang Undi Di Ipd Sepang

Diterbitkan: 06 May 2018 12.47 AM Dikemas kini: 24 Aug 2026 1.15 PM
SEPANG - Tiga Ketua Polis Daerah (IPD) Sepang, Shah Alam dan Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) mengundi bersama dalam proses pengundian awal di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang di sini pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tiga-ketua-polis-daerah-buang-undi-di-ipd-sepang
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 14:05 MYT

 

SEPANG - Tiga Ketua Polis Daerah (IPD) Sepang, Shah Alam dan Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) mengundi bersama dalam proses pengundian awal di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali, Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Zulkifli Adamshah dan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharuddin Mat Taib dilihat membuang undi masing-masing kira-kira pukul 10.40 pagi tadi.

Zulkifli ketika ditemui berkata, beliau beratur hampir dua jam sebelum tiba giliran mengundi.

"Saya beratur bersama-sama anggota dan pegawai lain hampir dua jam sebelum sampai giliran membuang undi," katanya ketika ditemui hari ini.

Sementara itu, Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Sepang, Datuk Puasa Md. Taib memaklumkan, sebanyak 1,548 anggota polis terlibat dalam proses pengundian awal hari ini.

Menurut beliau, sebanyak empat saluran dibuka untuk pengundian awal yang bermula dari 8 pagi sehingga 5 petang.

Sumber : K! ONLINE

 

ArtikelDiterbitkan 06 May 2018 12.47 AMDikemas kini 24 Aug 2026 1.15 PM