Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Tiga Kasanova Nigeria Dicekup

Diterbitkan: 16 Jun 2014 8.08 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
3 warga Nigeria yang aktif memperdayakan wanita melalui cinta siber berjaya dicekup polis setelah mereka termakan 'umpan' yang dipasang oleh seorang penyiasat peribadi wanita dari Austalia. Penyiasat..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tiga-kasanova-nigeria-dicekup
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:12 MYT

Tiga Kasanova Nigeria Dicekup

PDRM, PENYIASAT AUSTRALIA BANTU TANGKAP PENIPU NIGERIA : 3 warga Nigeria yang aktif memperdayakan wanita melalui cinta siber berjaya dicekup polis setelah mereka termakan 'umpan' yang dipasang oleh seorang penyiasat peribadi wanita dari Austalia.

Penyiasat wanita terbabit kemudian datang ke ibu negara dan membuat laporan polis sebelum bekerjasama bagi memerangkap kumpulan sindiket berkenaan. 

Menurut Ketua JSJK KL, ACP Izany Abdul Ghany, penemuan penyiasat wanita berkenaan dengan suspek di KL Sentral dengan kerjasama sepasukan anggota polis membawa kepada penahanan 2 lelaki Nigeria dan seorang remaja tempatan peminta sedekah yang diupah sebagai orang tengah. 

Polis berjaya memberkas seorang lelaki rakan senegara mereka yang merupakan suspek utama di Alamanda, Putrajaya.

Sumber : Akhbar Utusan Malaysia

ArtikelDiterbitkan 16 Jun 2014 8.08 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM