Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Tiga Kali Cubaan Gagal

Diterbitkan: 18 Jun 2014 3.11 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.38 PM
Shah Alam, 1 Nov – Tindakan pantas anggota Cawangan Kereta Peronda Polis (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor berjaya menahan empat orang lelaki serta menggagalkan cubaan menyamun mesin ATM d..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tiga-kali-cubaan-gagal
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 14:59 MYT

Shah Alam, 1 Nov – Tindakan pantas anggota Cawangan Kereta Peronda Polis (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor berjaya menahan empat orang lelaki serta menggagalkan cubaan menyamun mesin ATM di sebuah pasar raya di Kuala Selangor awal pagi tadi.

Ketua Polis Selangor, Dato' Pahlawan Mohd Shukri bin Dahlan dalam sidang media tengahari berkata tangkapan tersebut adalah hasil daripada maklumat orang awam yang telah melihat kejadian tersebut. Keempat lelaki yang berjaya itu ditahan bersama pelbagai peralatan untuk memecah mesin ATM di antaranya Tong Gas Oxy.

Ketua Polis Selangor juga mengucapkan tahniah kepada anggota Cawangan Kereta Peronda yang bertindak pantas memberi maklum balas terhadap maklumat yang telah diberikan oleh orang awam sehingga menghasilkan kejayaan.

Menurut Ketua Polis Selangor juga sebanyak tiga kali kes yang sama telah berlaku di Dearah Kuala Selangor tetapi ketiga-tiga kali cubaan menyamun mesin ATM berjaya dipatahkan oleh pihak polis.

Kes disiasat dibawah Seksyen 453 Kanun Keseksaan.

Tiga Kali Cubaan Gagal
Tiga Kali Cubaan Gagal
Tiga Kali Cubaan Gagal
Tiga Kali Cubaan Gagal
Tiga Kali Cubaan Gagal

Sumber : HEA Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 3.11 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.38 PM