Shah
Alam, 1 Nov – Tindakan pantas anggota Cawangan Kereta Peronda Polis
(MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor berjaya menahan empat
orang lelaki serta menggagalkan cubaan menyamun mesin ATM di sebuah
pasar raya di Kuala Selangor awal pagi tadi.
Ketua
Polis Selangor, Dato' Pahlawan Mohd Shukri bin Dahlan dalam sidang
media tengahari berkata tangkapan tersebut adalah hasil daripada
maklumat orang awam yang telah melihat kejadian tersebut. Keempat lelaki
yang berjaya itu ditahan bersama pelbagai peralatan untuk memecah mesin
ATM di antaranya Tong Gas Oxy.
Ketua
Polis Selangor juga mengucapkan tahniah kepada anggota Cawangan Kereta
Peronda yang bertindak pantas memberi maklum balas terhadap maklumat
yang telah diberikan oleh orang awam sehingga menghasilkan kejayaan.
Menurut
Ketua Polis Selangor juga sebanyak tiga kali kes yang sama telah
berlaku di Dearah Kuala Selangor tetapi ketiga-tiga kali cubaan menyamun
mesin ATM berjaya dipatahkan oleh pihak polis.
Kes disiasat dibawah Seksyen 453 Kanun Keseksaan.





Sumber : HEA Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article
Tiga Kali Cubaan Gagal
Shah Alam, 1 Nov – Tindakan pantas anggota Cawangan Kereta Peronda Polis (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor berjaya menahan empat orang lelaki serta menggagalkan cubaan menyamun mesin ATM d..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tiga-kali-cubaan-gagal
Scan to view the latest live version.