Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Tiga Kaki Gaduh Ditangkap

Published: 17 Feb 2015 4.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Tiga individu dipercayai ahli kumpulan kongsi gelap yang terbabit dalam insiden pergaduhan di Telok Panglima Garang, Banting, 10 Februari lalu ditahan pihak polis di sekitar daerah itu, kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tiga-kaki-gaduh-ditangkap
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:54 MYT

Tiga individu dipercayai ahli kumpulan kongsi gelap yang terbabit dalam insiden pergaduhan di Telok Panglima Garang, Banting, 10 Februari lalu ditahan pihak polis di sekitar daerah itu, kelmarin. 

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata. tiga individu berkenaan berusia antara 20 dan 24 tahun ditahan di Tainan Sentosa dan Bukit Tinggi. 

"Sejak kejadian itu, pihak kami menggandakan operasi dengan mengadakan sekatan jalan raya dan membuat pe meriksaan di premis tempat mereka dipercayai berkumpul serta berhibur. 

Hasil operasi khas itu, polis berjaya menahan tiga individu yang disyaki ahli daripada salah satu kumpulan berkenaan dan seorang daripada mereka juga turut disaman kerana tiada lesen memandu ketika menghadiri majlis pengebumian jenazah ahli kumpulan kongsi gelap itu," katanya. 

Menurutnya, selain tangkapan tiga suspek itu pihaknya juga merampas beberapa artikel yang berkaitan kongsi gelap seperti kain rentang yang dipercayai terbabit dalam aktiviti jenayah samseng. 

Sumber: Harian Metro

Tiga Kaki Gaduh Ditangkap

ArticlePublished 17 Feb 2015 4.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM