Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Tiga Ipd Baharu Akan Dibina Di Perak Tahun Depan

Published: 10 Dec 2015 10.56 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Hutan Melintang, 10 Dis- Tiga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) yang baharu akan dibina secara berperingkat di Perak mulai tahun depan, kata Ketua Polis Perak Dato' Osman Salleh.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tiga-ipd-baharu-akan-dibina-di-perak-tahun-depan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:03 MYT

Hutan Melintang, 10 Dis- Tiga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) yang baharu akan dibina secara berperingkat di Perak mulai tahun depan, kata Ketua Polis Perak Dato' Osman Salleh.

Beliau berkata IPD berkenaan terletak di daerah Ipoh Timur iaitu di Ipoh Garden, Ipoh Barat (di Meru Raya) serta di Muallim, iaitu daerah baharu yang merangkumi Tanjung Malim dan Slim River.

"Ini bermakna bandaraya Ipoh bakal mempunyai dua IPD iaitu IPD sekarang ini akan dikenali sebagai IPD Ipoh Barat dan yang baharu sebagai IPD Ipoh Timur.

"Mengikut perancangan, ketiga-tiga IPD akan dibina awal tahun depan setelah urusan berkaitan pembinaan itu diselaraskan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Balai Polis Hutan Melintang hari ini.

Osman berkata pembinaan IPD baharu itu merupakan langkah meningkatkan perkhidmatan kepolisan kepada masyarakat setempat yang kian pesat membangun dengan peningkatan bilangan penduduknya.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Perak Dato' Hasnan Hassan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Dato' Goh Kok Liang dan Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Mohd Shuhaily Mohd Zain.

Bangunan Balai Polis Hutan Melintang, yang berkeluasan 0.8 hektar dengan kos sebanyak RM10.8 juta, siap dibina pada 5 Dis 2011 dan beroperasi sepenuhnya pada 1 Feb 2012 bagi menggantikan balai polis lama di kawasan sama.- BERNAMA

ArticlePublished 10 Dec 2015 10.56 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM