Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Tiga Individu Ditahan Bersama Dadah Bernilai Lebih Rm11 000

Published: 19 Jun 2014 2.26 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
'Dalam serbuan pukul 4.45 pagi itu, polis menemui tiga jenis dadah iaitu ketamine, pil Erimin 5 dan pil ecstasy pada suspek pertama yang juga seorang tukang servis penyaman udara...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tiga-individu-ditahan-bersama-dadah-bernilai-lebih-rm11-000
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 20:23 MYT
Bentong, 6 Mac - Polis menahan dua lelaki dan seorang wanita
dipercayai terbabit dengan aktiviti penyalahgunaan dadah di hadapan sebuah hotel di Jalan Jati, dekat Gohtong Jaya, Genting Highlands Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohamad Mansor Mohd Nor berkata ketiga-tiga suspek masing-masing berusia lingkungan 30an ditangkap selepas menerima maklumat orang awam.

"Dalam serbuan pukul 4.45 pagi itu, polis menemui tiga jenis dadah
iaitu ketamine, pil Erimin 5 dan pil ecstasy pada suspek pertama yang juga seorang tukang servis penyaman udara.

"Seterusnya hasil pemeriksaan ke atas sebuah kereta jenis Mitsubishi yang dinaiki ketiga-tiga suspek tersebut menemui dua jenis dadah pil Erimin 5 dan ketamine," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata rampasan keseluruhan dadah itu bernilai lebih RM11,000.

"Siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau. Mereka kini ditahan di IPD Bentong untuk siasatan lanjut," katanya. 

Sumber: BERNAMA
ArticlePublished 19 Jun 2014 2.26 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM