Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Tiga Geng Kongsi Gelap Tetak Ahli Perniagaan Ditahan

Published: 03 Apr 2015 12.04 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
George Town, 2 April - Polis menahan tiga anggota geng kongsi gelap yang disyaki menyerang para jemputan pada satu majlis keraian di sebuah restoran di Tanjung Tokong di sini Ahad lepas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tiga-geng-kongsi-gelap-tetak-ahli-perniagaan-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:54 MYT

George Town, 2 April - Polis menahan tiga anggota geng kongsi gelap yang disyaki menyerang para jemputan pada satu majlis keraian di sebuah restoran di Tanjung Tokong di sini Ahad lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata ketiga-tiga suspek ditahan di daerah timur laut petang semalam dan awal pagi tadi.

Mereka yang berumur antara 25 dan 30 tahun direman sehingga Isnin.

Beliau berkata polis masih mengesan empat lagi rakan suspek yang disyaki turut terlibat dalam kejadian itu.

"Polis percaya suspek masih berada di Pulau Pinang dan meminta orang ramai yang ternampak pergerakan individu mencurigakan supaya membuat laporan untuk membantu siasatan polis," katanya.

Dalam kejadian pada 9.55 malam itu, seorang ahli perniagaan berusia 50-an cedera apabila sekumpulan lelaki bersenjatakan parang menyerang khemah di hadapan restoran itu yang turut menempatkan 15 tetamu lain.

Siasatan mendapati mangsa bukan merupakan mana-mana anggota kumpulan kongsi gelap dan menghadiri majlis tersebut bagi meraikan sambutan ulang tahun hari lahir anak kenalannya.- BERNAMA

ArticlePublished 03 Apr 2015 12.04 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM