Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Tiga Ditahan, Tangkap Ikan Guna Bahan Letupan

Diterbitkan: 19 Jun 2014 12.46 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Semporna, 4 Feb – Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna berjaya menahan tiga lelaki yang dipercayai menangkap ikan menggunakan bahan letupan dan merampas 60 kilogram ikan pelbagai spesies dalam dua opera..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tiga-ditahan-tangkap-ikan-guna-bahan-letupan-20140619
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:10 MYT

Semporna, 4 Feb – Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna berjaya menahan tiga lelaki yang dipercayai menangkap ikan menggunakan bahan letupan dan merampas 60 kilogram ikan pelbagai spesies dalam dua operasi berasingan di Laut Labuan Haji di sini, semalam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohammad Madun berkata, tiga lelaki yang tidak mempunyai pengenalan diri ditahan dalam Op Cantas Khas Laut yang dijalankan kira-kira 5 petang semalam.

"Dalam operasi pertama, pihak kami turut merampas sebuah bot, dua buah enjin, sebuah tong, seunit 'compressor', sepasang 'fins' dan seunit 'face mask' manakala dalam operasi kedua di lokasi yang sama, PPM Semporna merampas 20 kg ikan pelbagai spesies bersama sebuah bot, sebuah enjin dan sebuah tong yang digunakan untuk menyimpan ikan," katanya lagi.

Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM4,350. Tangkapan dan rampasan dibawa ke Pengkalan PPM Semporna untuk tindakan lanjut.

Tiga Ditahan, Tangkap Ikan Guna Bahan Letupan



Sumber : Pasukan Polis Marin Semporna Sabah

ArtikelDiterbitkan 19 Jun 2014 12.46 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM