Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Tiga Ditahan Sindiket Curi Motosikal Tumpas

Published: 06 May 2015 2.01 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Labuan, 6 Mei - Polis percaya dapat menumpaskan sindiket mencuri motosikal dengan tertangkap tiga lelaki bulan lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tiga-ditahan-sindiket-curi-motosikal-tumpas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:01 MYT

Labuan, 6 Mei - Polis percaya dapat menumpaskan sindiket mencuri motosikal dengan tertangkap tiga lelaki bulan lalu.

Sindiket itu diketuai perancang yang mempunyai rekod jenayah sejak 2001.

Ketua Polis Labuan, Supt Adzhar Othman berkata ketiga-tiganya melakukan jenayah antara Oktober tahun lalu dan bulan lepas.

Mereka yang berumur antara 25 hingga 45 tahun ditahan pada 17 dan 21 April dan kini sedang direman.

Polis turut menemui dua buah motosikal, dua kerangka dan sebuah enjin motosikal.

Beliau berkata polis turut menahan seorang bekas penjenayah berumur 37 tahun pada 30 April lalu di Kampung Muslim kerana disyaki mencuri enjin bot berharga RM7,800.- BERNAMA

ArticlePublished 06 May 2015 2.01 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM