Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Tiga Ditahan Dadah Bernilai Rm11 000 Dirampas Di Melaka

Published: 15 Aug 2014 4.23 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Tiga lelaki yang berusia antara 24 hingga 44 tahun dipercayai pengedar dadah ditahan dan heroin serta syabu bernilai RM11,400 dirampas di sebuah rumah di Jalan Air Hitam Darat, Masjid Tanah semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tiga-ditahan-dadah-bernilai-rm11-000-dirampas-di-melaka
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 08:03 MYT

Alor Gajah, 15 Ogos - Tiga lelaki dipercayai pengedar dadah di daerah ini ditahan dan heroin serta syabu bernilai RM11,400 dirampas di sebuah rumah di Jalan Air Hitam Darat, Masjid Tanah di sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Alor Gajah, DSP Abdul Rahman Jid berkata mereka yang berusia antara 24 hingga 44 tahun ditahan kira-kira 10.30 pagi dan menemui 185 gram disyaki heroin dan 8.9 gram syabu.

"Ketika serbuan, ketiga-tiganya sedang menagih di dalam sebuah bilik dan polis turut menemui sejumlah 107 paket plastik berisi heroin dan dua paket plastik syabu," katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata suspek dipercayai aktif mengedar dadah di sekitar Masjid Tanah, Kuala Sungai Baru dan Port Dickson, Negeri Sembilan.

Mereka juga positif dadah dan mempunyai rekod jenayah dadah dan samun, katanya.

Abdul Rahman berkata mereka direman selama tujuh hari bermula semalam.

Dalam kes lain, beliau berkata polis menahan empat lelaki berusia antara 21 hingga 35 tahun kerana memiliki dadah di hentian jejantas Ayer Keroh semalam.

"Polis merampas dadah jenis shabu seberat 0.3 gram dan mereka disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama," katanya.

- BERNAMA
ArticlePublished 15 Aug 2014 4.23 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM