Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Tiga Bot Ditahan Langgar Syarat Lesen Perikanan

Diterbitkan: 27 Jul 2015 1.24 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Johor, 27 Julai - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua mempergiatkan operasi menahan bot-bot nelayan yang melanggar syarat lesen perikanan di sepanjang perairan Johor.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tiga-bot-ditahan-langgar-syarat-lesen-perikanan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:18 MYT


Johor, 27 Julai - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua mempergiatkan operasi menahan bot-bot nelayan yang melanggar syarat lesen perikanan di sepanjang perairan Johor.

Menurut komandernya ACP Paul Khiu Khon Chiang, tiga buat bot tunda tempatan telah ditahan di antara jam 4.45 pagi hingga 6.30 pagi semalam selepas didapati beroperasi di luar kawasan yang dibenarkan dan pemilik bot tidak mengusahakan bot mereka sendiri.

Tambah beliau, kesemua bot tersebut diserahkan kepada Jabatan Perikanan Johor untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985.

"Operasi ini adalah usaha berterusan pihak polis bagi melindungi kawasan perairan Johor dan tempat pembiakan ikan dari dimusnahkan oleh bot-bot pukat tunda yang tidak mematuhi peraturan," terang beliau.

Tiga Bot Ditahan Langgar Syarat Lesen Perikanan

ArtikelDiterbitkan 27 Jul 2015 1.24 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM