Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Taktik Sorok Dadah Dalam Bongkah Jerami Dibongkar

Diterbitkan: 27 Jul 2015 6.01 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
“Seramai 22 lelaki warganegara Pakistan yang berumur 20 hingga 45 tahun dipercayai menjadi dalang dalam sindiket tersebut turut ditahan. “Bungkusan-bungkusan seberat 35 kilogram (kg) itu dianggarkan bernilai RM2.85 juta,” katanya lagi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/taktik-sorok-dadah-dalam-bongkah-jerami-dibongkar
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:45 MYT

Kuala Lumpur, 27 Julai – Taktik menyorokkan dadah di dalam bongkah jerami terbongkar apabila sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman bersama Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan serbuan di Desa Melawati, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.

Sebanyak 33 bungkusan dadah jenis heroin yang disembunyikan di dalam 13 bongkah jerami ditemui dalam satu dari tiga kontena yang diperiksa pihak polis.

Dalam sidang media yang dijalankan, Pengarah JSJN, CP Dato’ Sri Mokhtar Hj. Mohd Shariff berkata pihaknya telah menjalankan serbuan di dua buah stor buah stor penyimpanan dadah dan tiga buah kontena.

“Seramai 22 lelaki warganegara Pakistan yang berumur 20 hingga 45 tahun dipercayai menjadi dalang dalam sindiket tersebut turut ditahan.

“Bungkusan-bungkusan seberat 35 kilogram (kg) itu dianggarkan bernilai RM2.85 juta,” katanya lagi.

Kesemua suspek yang berumur lingkungan 20 sehingga 45 tahun itu kini ditahan reman untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Taktik Sorok Dadah Dalam Bongkah Jerami Dibongkar
Pengarah JSJN, CP Dato’ Sri Mokhtar Hj. Mohd Shariff menunjukkan dadah-dadah yang dirampas kepada pihak media..

Taktik Sorok Dadah Dalam Bongkah Jerami Dibongkar
Pengarah JSJN, CP Dato’ Sri Mokhtar Hj. Mohd Shariff ketika mengendalikan sidang media JSJN pada hari ini..

Taktik Sorok Dadah Dalam Bongkah Jerami Dibongkar
antara dadah-dadah yang dirampas...

Taktik Sorok Dadah Dalam Bongkah Jerami Dibongkar
antara dadah-dadah yang dirampas...

Taktik Sorok Dadah Dalam Bongkah Jerami Dibongkar
antara dadah-dadah yang dirampas...

Taktik Sorok Dadah Dalam Bongkah Jerami Dibongkar
antara dadah-dadah yang dirampas...
ArtikelDiterbitkan 27 Jul 2015 6.01 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM