Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Tiga Beranak Penagih Dadah Ditahan Bersama Pelbagai Senjata

Diterbitkan: 01 Apr 2016 11.14 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.32 PM
Polis Sabah berjaya menahan lapan individu termasuk tiga beranak kerana terlibat dalam dalam aktiviti penyalahgunaan dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Muhibah, Tawau.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tiga-beranak-penagih-dadah-ditahan-bersama-pelbagai-senjata
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:25 MYT

Polis Sabah berjaya menahan lapan individu termasuk tiga beranak kerana terlibat dalam dalam aktiviti penyalahgunaan dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Muhibah, Tawau.

Menurut Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus, semua suspek yang ditahan adalah berusia 25 hingga 61 tahun serta berada dalam keadaan khayal walaupun ada diantara mereka yang bertindak agresif terhadap polis ketika serbuan dibuat.

Pihak polis menjumpai selaras senapang angin, empat bilah parang dan sebilah keris selain sisa dadah pada kertas aluminium di atas meja yang disyaki telah digunakan oleh suspek di dalam rumah terbabit.

Sumber: Kosmo

Tiga Beranak Penagih Dadah Ditahan Bersama Pelbagai Senjata
ArtikelDiterbitkan 01 Apr 2016 11.14 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.32 PM