Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Tiga Balai Polis Daerah Di Sabah Labuan Capai Markah Tinggi

Published: 10 Dec 2015 10.19 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Labuan, 10 Dis- Balai Polis Daerah Labuan, Keningau dan Kota Kinabalu mencatatkan pencapaian cemerlang dalam usaha memerangi jenayah dan prestasi positif secara keseluruhan dalam pentadbiran polis.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tiga-balai-polis-daerah-di-sabah-labuan-capai-markah-tinggi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:41 MYT

Labuan, 10 Dis- Balai Polis Daerah Labuan, Keningau dan Kota Kinabalu mencatatkan pencapaian cemerlang dalam usaha memerangi jenayah dan prestasi positif secara keseluruhan dalam pentadbiran polis.

Pesuruhjaya Polis Sabah Dato' Jalaluddin Abd Rahman berkata tiga balai polis berkenaan telah mencapai sasaran petunjuk prestasi utama (KPI) masing-masing dalam pengendalian dan pengawalan kes-kes jenayah dalam beberapa tahun lepas.

"Disebalik indeks jenayah yang lebih rendah di ketiga-tiga daerah, anggota polis tanpa mengira pangkat mereka telah menunjukkan komitmen dan dedikasi sepenuhnya. Bagi saya, tiga balai polis ini telah menunjukkan prestasi tinggi," katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama kepada pasukan polis Labuan di sini hari ini.

Beliau mengingatkan pasukan polis supaya mengelak "menutup kes" dengan tidak menyelesaikan kes yang dilaporkan.

"Kita perlu menjalankan tugas kita. Kita bertanggungjawab untuk
menyelesaikan setiap kes dilaporkan dan kita mesti menerima kes walaupun ia kes kecil, tidak kisahlah jika ia tidak meningkatkan indeks jenayah," katanya.

Jalaluddin berkata tiga balai polis berkenaan juga telah menjalankan program kepolisan komuniti yang efektif sehingga berhasil merapatkan hubungan orang awam dengan anggota polis.- BERNAMA

ArticlePublished 10 Dec 2015 10.19 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM