Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Tiga Anak Super Derhaka

Published: 04 Jun 2015 2.50 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Dalam kejadian pertama, seorang ayah berusia 71 tahun cedera di kepala apabila dihentak dengan kapak oleh anak tiri perempuannya hanya kerana warga emas itu mempersoalkan anak gadisnya itu pulang lewat ke rumah.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tiga-anak-super-derhaka
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 19:35 MYT

Seorang berlumuran darah di kepala akibat dihentak dengan belakang kapak manakala seorang lagi ditumbuk di muka.

Itu derita dua ayah berikutan tindakan ganas anak masing-masing termasuk seorang daripadanya perempuan dalam dua kejadian berasingan di negeri ini.

Dalam kejadian pertama, seorang ayah berusia 71 tahun cedera di kepala apabila dihentak dengan kapak oleh anak tiri perempuannya hanya kerana warga emas itu mempersoalkan anak gadisnya itu pulang lewat ke rumah.

Tidak cukup dengan itu, sebelum mengetuk kepala lelaki berkenaan, anak perempuannya itu turut menorah tangan ayahnya dengan pisau.

Sementara itu, dalam kejadian kedua di Kulim, seorang bapa berusia 56 tahun menderita kesakitan selepas ditumbuk di muka malah cuba dilibas dengan parang oleh dua anak lelakinya selepas dia menegur perbuatan anaknya itu memukul adik mereka.

Tidak cukup dengan bapa, ibu mereka yang cuba meleraikan pergaduhan turut ditumbuk hingga lebam di muka dan badan.

SUMBER : HARIAN METRO

Tiga Anak Super Derhaka


ArticlePublished 04 Jun 2015 2.50 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM