TIGA AHLI SINDIKET CURI KERETA DIBURU
Tiga lelaki berusia 20-an disyaki ahli sindiket curi kereta, termasuk ada yang dipercayai cedera, kini diburu polis selepas meloloskan diri daripada kepungan dalam serbuan di sebuah stesen minyak dekat Kuala Kedah di sini, pagi semalam.
Dalam aksi tembak-menembak pada jam 11.55 pagi itu, tiga lelaki yang dikehendaki polis itu di-kepung Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) Bukit Aman di stesen minyak terbabit.
Suspek yang nekad mengundurkan kereta Honda City warna kelabu yang dinaiki mereka, sebelum memecutkan melarikan diri, menyebabkan berlaku aksi berbalas tembakan de-ngan anggota polis yang cuba menahan mereka. Suspek kemudiannya telah merampas sebuah kereta Persona warna merah daripada seorang awam di sebuah stesen minyak berhampiran masjid dekat Pendang, dan kemudian merampas sebuah lagi kereta jenis Volkswagen di kawasan berhampiran dan melarikan diri.
Sumber : Berita Harian