Article
Tidak Wujud Kes Culik Murid Sekolah
Polis Gombak menegaskan tiada kes penculikan yang membabitkan murid sekolah di dalam daerah ini sehingga mencetuskan rasa panik masyarakat baru-baru ini.
Polis Gombak menegaskan tiada kes penculikan yang membabitkan murid sekolah di dalam daerah ini sehingga mencetuskan rasa panik masyarakat baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Ali Ahmad berkata, penyebaran laporan polis dan memo dari sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang meminta ibu bapa supaya berhati hati terhadap kes culik adalah dianggap tidak mempunyai bukti kukuh.
Menurumya, tiada laporan polis berhubung kejadian penculikan oleh mana-mana ibu bapa kanak-kanak yang mendakwa menjadi mangsa itu.
Sumber: Harian Metro