Tidak Serik Menyamar Polis
Seorang bekas penjawat awam ditahan kali kedua selepas menyamar sebagai anggota polis dan memiliki sepucuk pistol di Kampung Chepa, Kedai Lalat di sini awal pagi semalam.
Lelaki berusia 32 tahun itu ditahan kira-kira jam 4.45 pagi menerusi Op Tapis Bersepadu.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, suspek menyamar pegawai polis narkotik, meminta bayaran daripada orang ramai yang ingin menyelesaikan kes.
“Suspek tidak serik walaupun pernah dipenjara enam bulan mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan dan baru dibebaskan April lalu.
SUMBER : BERITA HARIAN