Article
Tidak Serik Lelaki Tempatan Ulang Kesalahan Lampau
Seorang lelaki Cina tempatan berumur 45 tahun yang mempunyai empat rekod kesalahan lampau termasuk dua kesalahan menyalahgunakan dadah telah ditahan di rumahny...
Bukit Aman, 18 Mei – Seorang lelaki Cina tempatan berumur 45 tahun yang mempunyai empat rekod kesalahan lampau termasuk dua kesalahan menyalahgunakan dadah telah ditahan di rumahnya di Bandar Bukit Raja, Klang dalam minggu ini.
Ini susulan daripada tindakan pada petang 16 Mei 2012 oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman yang telah membuat serbuan dan pemeriksaan ke atas sebuah rumah di kawasan perumahan Kapar, Klang, Selangor dan berjaya merampas sejumlah 736,330 biji pil Eramin dan 12.3 Kg bahan Ephedrine yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM14.9 juta.
Tindakan serbuan ini diambil setelah pihak polis menjalankan siasatan susulan dan mengenalpasti stor simpanan dadah utama sindiket itu berdasarkan tangkapan dan rampasan dadah jenis Eramin 5 oleh JSJN pada 12 Mei lalu.
Siasatan sedang dijalankan ke atas suspek di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Dengan kejayaan operasi ini, pihak polis bukan sahaja berjaya menumpaskan satu sindiket dadah antarabangsa yang memiliki makmal dadah haram memproses Eramin 5 tetapi yang lebih penting pihak polis telah berjaya menyekat lambakan bekalan dadah Pil Eramin 5 yang keseluruhannya berjumlah 3.76 juta biji pil daripada memasuki pasaran dadah tempatan untuk disalahgunakan.



