Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Tidak Serik Lagi Wanita Tempatan Menjadi Keldai Dadah 20140617

Published: 17 Jun 2014 12.35 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Dijanjikan dengan bayaran yang cukup lumayan, memadai untuk merisikokan diri mereka untuk terus diperdayakan dan dijadikan keldai dadah ke pasaran dadah luar negara...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tidak-serik-lagi-wanita-tempatan-menjadi-keldai-dadah-20140617
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:29 MYT
Dijanjikan dengan bayaran yang cukup lumayan, memadai untuk merisikokan diri mereka untuk terus diperdayakan dan dijadikan keldai dadah ke pasaran dadah luar negara. 

Dalam sidang media Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di Dewan Thetrette, Menara 1, Bukit Aman pada hari ini, tahun 2011 menyaksikan 76 rakyat Malaysia, 49 daripadanya adalah wanita tempatan yang ditangkap atas kesalahan menjadi keldai dadah di negara ini. 

Sindiket ini turut didalangi oleh rakyat warga negara asing dari Afrika yang menggunakan khidmat wanita tempatan untuk merekrut wanita tempatan lain yang sanggup menjadi kurier bekalan dadah ini ke luar negara. 

Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah JSJN memaklumkan, pihak polis telah menangkap seorang lelaki warga Nigeria bersama seorang lelaki warga Guinea dan seorang wanita tempatan berumur 24-42 tahun di sebuah kediaman di Taman Orkid, Cheras, Selangor. 

Dalam serbuan tersebut, sejumlah 2.8 kg dadah syabu yang disembunyikan dalam beberapa batang silinder piston telah berjaya dirampas. 

Kejayaan ini juga membongkar sindiket dadah warga negara Afrika yang didalangi warga negara Nigeria dalam memikat wanita tempatan menjadi ahli sindiket mereka dengan tujuan memudahkan pengrekrutan kurier dadah upahan tempatan terutamanya wanita bagi menjalankan aktiviti penyeludupan dadah ke luar negara. 
ArticlePublished 17 Jun 2014 12.35 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM