Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Tidak Perlu Siasatan Baharu Kes Altantuya

Diterbitkan: 06 Apr 2015 1.18 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Tiada keperluan untuk polis menjalankan siasatan semula terhadap kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu berikutan tiada penemuan terbaharu terhadap kes tersebut.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tidak-perlu-siasatan-baharu-kes-altantuya
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 12:35 MYT

 

Tiada keperluan untuk polis menjalankan siasatan semula terhadap kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu berikutan tiada penemuan terbaharu terhadap kes tersebut.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar berkata, siasatan tigak perlu diadakan lagi memandangkan pertemuan dengan bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Koperal Sirul Azhar Umar yang kini berada dalam tahanan pihak berkuasa Australia untuk diambil keterangan berhubung semua dakwaan yang dibuatnya baru-baru ini.

“Dalam pertemuan itu, polis mendapati tiada kenyataan baharu yang dibangkitkan Sirul Azhar dan oleh itu, tidak perlu siasatan semula kes pembunuhan Altantuya itu,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis penyerahan sumbangan bas daripada AirAsia Bhd. Kepda Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang di KLIA2 di sini hari ini.

SUMBER : UTUSAN MALAYSIA

Tidak Perlu Siasatan Baharu Kes Altantuya
ArtikelDiterbitkan 06 Apr 2015 1.18 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM