Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Tian Chua Didakwa Aibkan Kehormatan Pegawai Polis

Published: 13 Aug 2014 5.56 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Ahli Parlimen Batu, Tian Chua didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan menyebut perkataan yang mengaibkan kehormatan seorang pegawai polis di Hotel Armada di sini, April lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tian-chua-didakwa-aibkan-kehormatan-pegawai-polis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:57 MYT

Petaling Jaya, 13 ogos - Ahli Parlimen Batu, Tian Chua didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan menyebut perkataan yang mengaibkan kehormatan seorang pegawai polis di Hotel Armada di sini, April lalu.  

Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 51, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Mengikut pertuduhan, Tian Chua didakwa menyebut perkataan mengaibkan kepada Timbalan Penguasa Polis Balai Polis Petaling Java, Deputi Superintendan Glenn A. Sinappah dengan niat hendak mengaibkan kehormatan pegawai itu.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Tian Chua Didakwa Aibkan Kehormatan Pegawai Polis

Sumber: Kosmo
ArticlePublished 13 Aug 2014 5.56 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM