Article
Tiada Tempat Untuk Mu Wahai Penjenayah
'Tiada tempat untuk mu wahai penjenayah untuk melakukan jenayah di kawasan Ampang!' Begitulah amaran yang dikeluarkan oleh Y.B Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri...
AMPANG - 19 Disember 2010
"Tiada tempat untuk mu wahai penjenayah untuk melakukan jenayah di kawasan Ampang!" Begitulah amaran yang dikeluarkan oleh YB Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam ucapan beliau semasa merasmikan Program Pencegahan Jenayah Menteri Dalam Negeri Bersama Masyarakat Ampang Jaya Selangor.

Majlis yang
berlangsung selama dua hari di Taman Perindustrian Hata Pandan Mewah
Ampang Jaya Selangor ini adalah anjuran PDRM dengan kerjasama Persatuan
Hata Industrial Park. Beliau amat berpuas hati dan mengucapkan
setinggi-tinggi tahniah kepada PDRM kerana berjaya menurunkan indeks
jenayah jalanan sebanyak 37.69 peratus untuk Daerah Ampang Jaya dan 47
peratus untuk Balai Polis Ampang (kawasan panas / hotspot). Tambah
beliau lagi, matlamat penurunan kadar jenayah ini boleh dicapai
sekiranya masyarakat dapat bekerjasama dengan PDRM. Pihak Kementerian
Dalam Negeri akan mengumumkan kadar sebenar penurunan indeks jenayah
pada awal bulan Januari 2011.
Hadir sama dalam
majlis ini ialah YBhg Dato Abdul Rahim, Timbalan Ketua Setiausaha
(Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, YDH Ketua Polis Negara Tan Sri
Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Selangor DCP Dato' Hj Tun Hisan
bin Dato' Hj Tun Hamzah, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Amiruddin
bin Jamaluddin, Ahli Parlimen Pandan, Dato' Seri Ong Tee Keat, dan
Pengerusi Hata Industrial Park Encik Ee Ah Juan.
Vest keselamatan dan rotan disampaikan oleh YB Menteri Dalam Negeri kepada Ahli Jawatankuasa Skim Rondaan Sektor (SRS) kawasan Pandan Mewah dan Taman Putra Ampang. Seorang agen hartanah Encik Yeong Ken Sin, 33 tahun, turut menerima Surat Penghargaan daripada YB Dato' Seri Hishammuddin di atas kejayaan beliau menggagalkan kes ragut melibatkan kerugian wang tunai berjumlah RM 16 000.00 milik seorang pesara berumur 81 tahun di Pandan Indah Ampang pada 13 Disember baru-baru ini. Ketika ditemubual oleh pemberita, beliau melalui detik cemas semasa mengejar peragut menggunakan keretanya sendiri sehinggakan keretanya mengalami kerosakan akibat dirempuh oleh motosikal peragut.

Terdapat pelbagai
pameran serta pertunjukan oleh PDRM seperti pameran senjata api,
peralatan unit berkuda, kenderaan MPV (Mobile Patrol Vehicle),
demonstrasi kejadian ragut, Balai Polis Bergerak dan motosikal berkuasa
tinggi. Turut menjadi tumpuan sebahagian daripada 3000 orang yang hadir
ialah helikopter PDRM yang boleh dilihat dari jarak dekat oleh
pengunjung. Orang ramai juga turut menikmati diskaun sebanyak 50 peratus
sekiranya menjelaskan saman trafik di pameran ini.
YB Dato' Seri
Hishammuddin yang diiringi YDH Tan Sri Ismail, Dato' Tun Hisan dan
beberapa VVIP yang lain kemudiannya membuat rondaan berjalan kaki
melalui kawasan Skim Rondaan Sektor (SRS) bagi Taman Perumahan Pandan
Mewah dan Taman Putra sebelum berlepas pulang.

Ketibaan YB Menteri Dalam Negeri, Dato Hishammuddin bin Tun Hussein disambut oleh YDH Ketua Polis Negara, Tan Sri Haji Ismail bin Haji. Omar.

Pengerusi Persatuan Hata Industrial Park memakaikan vest kepada YB Dato' Seri Hishammuddin ...

YB Dato' Seri Hishammuddin memeriksa perbarisan anggota Polis, Rela dan SRS

YB Dato' Seri Hishammuddin ketika memberi ucapannya...
Antara penduduk yang hadir...
Encik Yeong Ken Sin Menerima Sijil Penghargaan di atas jasa beliau menumpaskan peragut.
Mr. Ee Juan dipakaikan vest oleh YB Dato' Seri Hishammuddin.
Plak Perasmian yang telah ditandatangani oleh YB Dato' Seri Hishammuddin.
1 Malaysia, 1 Komuniti bersama mencegah jenayah
Antara demonstrasi yang ditunjukkan oleh PDRM...

Demonstrasi rondaan oleh Unit Berkuda...
Seorang pelajar menunjukkan isyarat bagus setelah melihat pameran senjatapi...
Mesra... YB Dato' Seri Hishammuddin dengan salah seorang kanak-kanak menerangkan cara tenangan senjatapi.
Seorang anggota memberi penerangan tentang peralatan Unit Berkuda kepada pengunjung.
Pengunjung berpeluang mendekati helikopter PDRM...
YB Dato' Seri Hishammuddin sempat bermesra dengan anggota bertugas.
Semangat 1 Malaysia.
Jurufoto/wartawan : L/Kpl Syamsul Baharin bin Mohamed
Penyunting : Sjn Zaiddin bin Dahalan