Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Tiada Lesen Jual Senjata Paintball Seorang Lelaki Ditahan

Published: 04 Mar 2015 6.36 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Desa Tebrau, 4 Mac - Pihak polis merampas 96 laras senjata Paintball pelbagai jenis dalam serbuan ke atas sebuah premis perniagaan peralatan senjata tersebut di sini, dua minggu yang lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tiada-lesen-jual-senjata-paintball-seorang-lelaki-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 18:36 MYT
Desa Tebrau, 4 Mac - Pihak polis merampas 96 laras senjata Paintball pelbagai jenis dalam serbuan ke atas sebuah premis perniagaan peralatan senjata tersebut di sini, dua minggu yang lalu.

Selain senjata pihak polis turut menahan seorang lelaki berumur 26 tahun kerana memiliki dan menjual pelbagai jenis senjata Paintball marker tanpa lesen yang sah.

Ketua Polis Negeri senior DCP Dato’ Mohd Mokhtar Hj. Mohd Shariff berkata kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 36 Akta Senjata 1960 dan jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi satu tahun atau denda tidak lebih RM 5,000 atau kedua-dua sekali.

"Sukan Paintball marker, airsoft gun, ball bearing gun dan lain-lain alat yang boleh ditafsirkan sebagai senjata tiruan memerlukan lesen untuk dimiliki dan digunakan dengan mematuhi Seksyen 4 Akta Senjata 1960,"katanya.

Pihak polis menasihatkan kepada orang ramai agar mematuhi undang-undang yang sedia ada dalam memiliki, mengguna dan menjual senjata Paintball marker atau Airsoft Gun.

Tiada Lesen Jual Senjata Paintball Seorang Lelaki DitahanTiada Lesen Jual Senjata Paintball Seorang Lelaki Ditahan
ArticlePublished 04 Mar 2015 6.36 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM