Penemuan sebuah kem yang dipercayai menempatkan mangsa pemerdagangan manusia di Hutan Simpan Mata Ayer, Perils, seperti yang dilaporkan di sebuah akhbar, bukanlah penemuan baharu.
Ketua Polis Perlis, SAC Shafie Ismail berkata, penempatan itu terletak di Bukit Genting Parah. Wang Kelian, merupakan satu daripada 28 penempatan yang telah dinyatakan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam sidang media di Martek Op Wawasan Khas, Wang Kelian 25 Mei lalu.
Oleh yang demikian, beliau menegaskan bahawa tiadanya sebarang penemuan (kem) baharu setakat ini dan angkanya masih kekal pada 28 penempatan seperti mana kenyataan sebelum ini.
Sumber: Sinar Harian