Sukarelawan Polis Sedia Bantu Basmi Jenayah
Tugas dan tanggungjawab yang mencabar dan sering dipandang serong oleh segelintir masyarakat sedikit pun tidak melemahkan semangat 286 anak muda untuk menceburi kerjaya kepolisan.
Demi rasa tanggungjawab dan kecintaan untuk menjaga keamanan negara, mereka bersedia untuk berkhidmat sebagai sukarelawan simpanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Terengganu.
Ketua Polis Terengganu, Dato' Rosli Ab. Rahman, berkata pihaknya yakin dengan adanya sukarelawan polis, ia dapat membantu PDRM Kontinjen Terengganu dalam menangani kegiatan jenayah di seluruh negeri tersebut.
Beliau berkata, pelatih yang berjaya menamatkan latihan asas secara berperingkat akan ditempatkan bertugas di IPD mengikut keperluan yang sedia ada sekarang.
Sumber: Berita Harian