Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Tiada Insiden Tetakan Kaum Di Pandan Jaya

Published: 28 Jan 2015 7.26 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur, 28 Jan - Polis hari ini menafikan khabar angin kononnya berlaku insiden tetakan antara kaum di Pandan Jaya, di sini, seperti disebarkan melalui aplikasi WhatsApp baru-baru ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tiada-insiden-tetakan-kaum-di-pandan-jaya
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:08 MYT
Kuala Lumpur, 28 Jan - Polis hari ini menafikan khabar angin kononnya berlaku insiden tetakan antara kaum di Pandan Jaya, di sini, seperti disebarkan melalui aplikasi WhatsApp baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Khairuldin Saad menegaskan tiada kejadian seumpama itu berlaku dan pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian tersebut.

"Keadaan di sekitar Pandan Jaya aman dan terkawal. Kehidupan masyarakat berjalan seperti biasa dan orang awam tidak perlu bimbang untuk keluar menjalankan aktiviti harian," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan maklumat yang tidak berasas.

"Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak berkongsi dan menyebar maklumat yang tidak sahih kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan. Bagi sebarang maklumat, sila rujuk pihak berkuasa" katanya. - BERNAMA
ArticlePublished 28 Jan 2015 7.26 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM