Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Think And Act Out Of Box Ke Arah Transformasi Pdrm Kpn

Diterbitkan: 17 May 2016 6.26 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.27 PM
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar dalam ucapannya sempena Majlis ‘After Dinner Talk’ Kursus Ketua Polis Daerah Tahun 2016 di Maktab PDRM Kuala Lumpur hari ini berkata, pendekatan ke arah transformasi perlu bermula dari akar umbi iaitu di peringkat penyeliaan daerah atau kawasan pentadbiran masing-masing.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/think-and-act-out-of-box-ke-arah-transformasi-pdrm-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:08 MYT

Kuala Lumpur, 17 Mei - Semua Ketua Polis Daerah (KPD)disarankan supaya berani membawa perubahan yang bukan sahaja ‘think outside the box’, tetapi perlu juga ‘act outside the box’ dalam erti kata lain memerlukan mereka (KPD) cukup berani untuk berfikir dan bertindak ke hadapan dan inovatif untuk membawa perubahan yang amat diperlukan oleh organisasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam dunia yang sentiasa berubah pada hari ini. 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar dalam ucapannya sempena Majlis ‘After Dinner Talk’ Kursus Ketua Polis Daerah Tahun 2016 di Maktab PDRM Kuala Lumpur hari ini berkata, pendekatan ke arah transformasi perlu bermula dari akar umbi iaitu di peringkat penyeliaan daerah atau kawasan pentadbiran masing-masing. 

“Sebagai pentadbir kuasa undang-undang di daerah, semua KPD perlu mengenal kawasan ‘jajahan’ masing-masing dan tidak seharusnya bergantung harap kepada pelaporan dari Ketua-Ketua Bahagian mahupun Ketua-Ketua Balai saja,” tambahnya lagi. 

Dalam majlis pada hari ini, beliau turut menekankan aspek integriti dan disiplin dalam kalangan warga PDRM sebagaimana KPD bertanggungjawab dalam memastikan 'Standard Operation Procedure' (SOP) dipatuhi sepenuhnya oleh warga PDRM di bawah seliaannya. 

Menyentuh berkenaan isu kebocoran maklumat pasukan menggunakan aplikasi media sosial mutakhir ini, Ketua Polis Negara memberikan peringatan tegas kepada semua warga PDRM khususnya kepada KPD supaya memandang serius perkara ini dan memastikan setiap lapisan warga PDRM di daerah masing-masing memahami tentang kepentingan menjaga rahsia rasmi jabatan. 

Beliau turut mengingatkan mengenai keghairahan warga PDRM sendiri menggunakan akaun peribadi seperti Facebook dan Twitter yang telah mendedahkan diri mereka sebagai seorang warga PDRM supaya menjaga tertib pertuturan dan penggunaan bahasa di dalam akaun masing-masing sekaligus mengelakkan sensitiviti politik, perkauman, agama di media sosial. 

Di akhir ucapannya, Ketua Polis Negara menyarankan semua KPD agar meneliti semula kompetensi dan sumbangan mereka kepada rakyat yang menjadi pelanggan atau ‘stakeholders’ organisasi selaras dengan agenda ‘Merakyatkan Perkhidmatan Awam’. 

“Rakyat pada masa ini sudah pandai menilai dan mereka memerlukan polis yang sentiasa turun padang untuk memahami masalah dan harapan mereka sekaligus mengajar kita untuk menyelami masalah-masalah sehingga ke akar umbi dan menyelesaikannya menerusi pendekatan yang lebih mesra dan membantu,” ujarnya.

Think And Act Out Of Box Ke Arah Transformasi Pdrm Kpn
Bacaan doa pembukaan majlis...

Think And Act Out Of Box Ke Arah Transformasi Pdrm Kpn
PENTAS UTAMA: Dari kiri, Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, DCP Dato' Azizan Abu Taat, Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar dan Pengarah JPJKK, Dato’ Acryl Sani Hj Abdullah Sani..

Think And Act Out Of Box Ke Arah Transformasi Pdrm Kpn
Ucapan daripada Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, DCP Dato' Azizan Abu Taat..

Think And Act Out Of Box Ke Arah Transformasi Pdrm Kpn
Ucapan daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar...

Think And Act Out Of Box Ke Arah Transformasi Pdrm Kpn
Antara pegawai-pegawai kanan PDRM dan Ketua-ketua polis daerah yang hadir..

Sesi soal jawab bersama Ketua Polis Negara..

Sesi penyampaian cenderahati...

ArtikelDiterbitkan 17 May 2016 6.26 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.27 PM