Kit pengesan cap jari ‘The Dedo’ yang menggunakan habuk sekam padi sebagai bahan asas terbukti berkesan menghasilkan kesan penimbulan lebih baik dan efektif setanding kit penyiasatan yang kini digunakan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
The Dedo yang juga ciptaan anggota dan pegawai Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah diuji dua kali di lapangan. Ia membabitkan kes pecah rumah di Bukit Baru dan penemuan semula kereta yang dilaporkan dicuri di Bandar Hilir, di sini, Mac lalu.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, kit pengesan cap jari buatan tempatan itu lebih murah daripada kit import.
"Idea membangunkan kit ini timbul kerana kami dapati sukar melakukan siasatan menggunakan kit pengesan cap jari disediakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka.
"Dedo diambil daripada perkataan Sepanyol yang bermaksud jari. la dibangunkan menggunakan sekam padi yang diproses menjadi habuk dan diguna bersama bahan kimia Cyanoacrylate Fuming’ yang bcrtindak balas untuk menimbulkan kesan cap jari," katanya.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
The Dedo Lebih Efektif
Kit pengesan cap jari ‘The Dedo’ yang menggunakan habuk sekam padi sebagai bahan asas terbukti berkesan menghasilkan kesan penimbulan lebih baik dan efektif setanding kit penyiasatan yang kini digunakan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/the-dedo-lebih-efektif
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.