Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

The Cops Pdrm Pertaruh Empat Pemain Import Baharu

Published: 26 Jan 2018 3.32 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Putrajaya, 26 Januari 2018 – Kehadiran empat pemain import baharu yang membarisi pasukan bola sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau lebih dikenali sebagai “The Cops” dijangka mampu member saingan dalam kejohanan Liga Perdana Malaysia musim ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/the-cops-pdrm-pertaruh-empat-pemain-import-baharu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 09:36 MYT
Putrajaya, 26 Januari 2018 – Kehadiran empat pemain import baharu yang membarisi pasukan bola sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau lebih dikenali sebagai “The Cops” dijangka mampu member saingan dalam kejohanan Liga Perdana Malaysia musim ini.

Keempat-empat pemain import tersebut,Petrisor Voineadari Romania, Argzim Redzovic (Montenegro), SimWoon Sub (Korea Selatan) dan Shunsuke Nakatake (Jepun) telah diperkenalkan dalam Majlis Pelancaran Pasukan Bola Sepak PDRM bersama skuad utama “The Cops” di Hotel Marriot, dekat sini.

Majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri,Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi merangkap Menteri Dalam Negeri.

Majlis turut memperkenalkan pengurus The Cops yang baharu, Datuk Sri Zulhisham Dato’ Zainal dan jurulatih, Encik Zulhamizan Zakaria yang merupakan bekas pemain kebangsaan dan jurulatih Kuantan FA.

“Dengan adanya gandingan pengurusan dan barisan kejurulatihan baharu serta kehadiran pemain-pemain berkaliber yang diserapkan ke pasukan ini mampu melayakkan diri ke Liga Super musim 2019,” ucap Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim.

Musim kali inijuga menyaksikan ODR Lubricant sebagai penaja utama bersama barisan penaja lain iaitu Forca, Circle K, Youth Line, MutiaraKonsotirum, Proton dan Line 7. 

Hadir sama dalam majlis tadi adalah TimbalanMenteri 1 Kementerian Dalam Negeri, Dato’ NurJazlan Mohamed, PengarahPengurusan PDRM, CP Dato’ Sri Abdul Ghaffar Rajab merangkap Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur , TimbalanKetuaSetiausaha (Pengurusan) Kementerian Dalam Negeri, Dato’ Sri NadzriSiron dan para penaja pasukan The Cops.

The Cops Pdrm Pertaruh Empat Pemain Import Baharu
Lafaz ikrar pemain-pemain utama Pasukan Bola Sepak PDRM.

The Cops Pdrm Pertaruh Empat Pemain Import Baharu
Sekitar gimik pelancaran Pasukan Bola Sepak PDRM.

The Cops Pdrm Pertaruh Empat Pemain Import Baharu
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim menyampaikan ucapan alu-aluan.

The Cops Pdrm Pertaruh Empat Pemain Import Baharu
Sesi memperkenalkan penaja utama Pasukan Bola Sepak PDRM.

ArticlePublished 26 Jan 2018 3.32 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM