Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

The Cops Pasukan Pertama Ke Suku Akhir Piala Malaysia 2014

Published: 28 Aug 2014 2.24 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjadi pasukan pertama melayakkan diri ke suku akhir Piala Malaysia 2014 selepas mengekalkan rekod tanpa kalah dalam empat perlawanan dalam saingan Kumpulan D.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/the-cops-pasukan-pertama-ke-suku-akhir-piala-malaysia-2014
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:10 MYT
Kuala Lumpur, 28 Ogos - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjadi pasukan pertama melayakkan diri ke suku akhir Piala Malaysia 2014 selepas mengekalkan rekod tanpa kalah dalam empat perlawanan dalam saingan Kumpulan D.

Pemain import Ashfaq Ali menjadi wira apabila membantu skuad 'The Cops' itu menewaskan T-Team 2-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam tadi.

'The Cops' membuka tirai jaringan melalui Ashfaq pada minit ke-19 menerusi sepakan penalti sebelum T-Team menyamakan kedudukan pada minit ke-50, walau bagaimanapun Ashfaq sekali lagi menjaringkan gol pada minit ke-86 untuk mengekalkan rekod tanpa kalah.

Kemenangan tersebut membolehkan PDRM mendominasi carta kedudukan kumpulan dengan 12 mata, meninggalkan Selangor di tangga kedua dengan enam mata.

The Cops Pasukan Pertama Ke Suku Akhir Piala Malaysia 2014

Sumber: Berita Harian
ArticlePublished 28 Aug 2014 2.24 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM